Pada hari jumaat lepas tanggal 9 jun jangka nya saya akan bercuti ke redang.Tapi sebelum ke redang kami akan singgah di Melaka rihat satu hari kemudian ahad bertolak ke KL tido semalam kemudian baru ke redang.Itu mengikut rancangan awal sebelum cuti sekolah bermula.Saya bersama adik dan famili nya kami sewa kereta mpg 7 seater lah.Itu lah impian saya nak ke tempat seperti cerating, langkawi, redang dan lain2 tempat yg belum saya lawati.
Tapi hampeh.....
Rancangan tu terpaksa saya batal kan sebab sebelum tu 11 mei suami saya telah di masukan ke hospital coz sakit perut kerna keracunan makanan.
Selama enam hari dia ditahan. Setelah keluar dia perlu follow up checkup pada 15 dan 16 jun.. tu lah buat kan saya batal kan percutian saya..saya harus teman kan dia buat pemeriksaan rapi coz kes dia agak serious sikit.
Tapi pada 8 jun saya di kejut kan dengan berita yang kakak ipar saya sakit terkena stroke.Berita ini memeranjat kan kami semua.Jumaat yang tak jadi ke redang bertukar menjadi kan saya dan abang serta kakak ipar berangkat ke
KL.Kami tiba malam.Sabtu ke hospital melawat kakak ipar seharian di hospital. Ahad kami pulang isnin mereka mula bertugas.
Bila pulang saya berfikir.. sakit kalau nak datang macam ribut kan nak baik macam semut itu kata2 orang tua2.Bila memikirkan keadaan ini bagaimana rutin harian anak2 bila ibu mereka sakit.Sedih hati melihatkan keadaan nya membuat saya insaf kita di dunia hanya pinjaman.Tiba waktu Allah nak ambil hak istimewa yang dia berikan sampai masa di tarik balik tanpa signal. Hargai dan bersyukur dengan apa yang di beri.
Sesihat dan sekuat mana pun kita kalau Allah nak uji bukan di bayar hutang malah cash lagi hah..ambik kau...
Saya terima panggilan dari adik saya secara gurau..kata nya "tak dapat bercuti ke redang ke Kl ziarah orang sakit pun jadi lah dapat pahala".Melancong bila2 pun boleh kalau sihat dan panjang umur insyaallah.Kita merancang tuhan menetukan. Sekarang ni mereka sedang berseronok bercuti. Saya berdoa agar kakak ipar saya cepat sembuh.