Pernikahan yang diaturkan islam adalah satu cara untuk membentuk rumah tangga yang aman dan sejahtera berteraskan kepada kasih sayang yang tulus, yang disebutkan dalam Al-Quran "mawaddah dan rahmah".Ia hanya terjalin sepenuhnya jika kedua-dua pihak saling melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan sempurna.
Ikatan kasih yang ada, adalah sebagai pencorak mutu perkahwinan dan membentuk persekitaran yang membantu perkembangan pendidikan anak-anak.
Dalam pernikahan misyar, suami hanya dilihat untuk "melawat"isteri bagi memenuhkan naluri nafsunya saja.Apakah kasih sayang yang unggul sebagaimana saranan Al-Quran tercapai dalam perkahwinan seperti ini?
Jika mendapat anak, siapakah pula yang di pertanggungjawabkan?
Adakah si isteri misyar yang telah menjadi ibu akan melucutkan hak si anak untuk menerima nafkah,sedang nafkah itu adalah hak anak dan menjadi kewajipan bapa.
Apakah isyarat yang akan diberikan kepada anak2 yang lahir daripada perkahwinan seperti itu,adakah kita mahu melihat generasi yang tidak bertanggungjawab dan tidak mendapat contoh yang baik daripada"ketua keluarga".
Perkahwinan harus dilihat sebagai asas pembentukan masyarakat cemerlang, sesuai dengan firman Allah yang menjelaskan umat Islam adalah sebagai umat terbaik,umat contoh yang menyumbang kepada kesejahteraan negara.
Penyelesaian apa jua masalah tidak harus dilakukan secara jangka pendek.
Untuk pengetahuan semua ini adalah petikan akhbar berita minggu.
selalunya bila timbul isu, kita cepat melenting, secara peribadi, saya lebih suka untuk mendengar dari kedua2 belah pihak, terutama dari orang yang mengeluarkan hujjah itu, kemudian terpulang samada kita mahu menerimanya ataupun tidak. keduanya, saya bersetuju dengan pendapat teman saya, "kita di Malaysia, masih bercakap tentang daun ketum & kahwin misyar, sedangkan umat islam di Iran berbincang tentang teknologi Nuklear" ! betapa jauhnya perbezaan pemikiran diantara umat islam didua buah negara itu.