Kami seramai sembilan orang bertolak ke larkin nak menaiki
bas yang akan membawa kami ke Pulau Redang.Bas yang
akan kami naik bertolak pukul 9.30 malam terus ke Terengganu.
Pulau redang yang dah lama saya impi kan akhir nya terlaksana jugak.
kami sampai di destinasi kami hari khamis jam 6.15 pagi kami singgah di
Masjid Zainal Abidin untuk membersih kan diri dan bersolat subuh.
Sebenar nya yang pergi ni bukan sedikit tapi lebih seratus orang.
Termasuk lah yang berkereta berkonvoi lebih 12 kereta yang menaiki bas pun ramai jugak
lebih 7 keluarga seronok nya bercuti ramai2.
Sebelum kami menaiki ferry yang akan membawa kami ke Redang
kami singgah di pasar bayan bersarapan dan membeli sedikit keperluan serta
shopping mana yang dah buka kedai sebab kami dah tak banyak masa lagi
ferry yang akan membawa kami tu akan bertolak pukul 3.00 ptg...kami beli yang perlu je.
Pukul 3.00 ptg kami pun menaiki ferry ia mengambil masa lebih kurang satu
setengah jam baru sampai ke Pulau Redang.Sampai di sana kami di tunggu
oleh bas yang akan membawa kami ke hotel.Setelah semua nya selesai kami
berehat sebab esok nya akan membawa satu kenangan yang tak dapat di lupa kan.
13/6/08
Pukul 7.00 pagi kami bersarapan kerna jam 9.30 kami akan bergerak kedestinasi yang
menanti dua bot telah menanti kami di jetty untuk membawa kami ke pulau2 untuk
snorkeling.Hah !!!bermula lah babak2 kenangan yang tak boleh di lupa kan.
Kami semua di sedia kan ngan baju keselamatan(life jacket),dan google untuk menyelam.
Kami sampai di pulau turtle atau macipan begitu lah yang diberi tau oleh botman.
Saya baru pertama kali yang nak menyelam... pada mula nya bila masuk ke dalam air terasa
kaki tak menjejak bumi terkapai2 tp kan ada life jacket dah lah semua ketawa bila saya takut
tapi seronok bila dah di beri tau cara2 nya.
Pada mula nya memang saya takut kerna terapung di atas air agak menakut kan jugak.
Bila adik dan suami nya yang banyak membantu serta anak2 sedara dan anak yang
memberi semangat baru lah rasa cemas tu hilang sikit2...yang kagum nya anak2 sekecil
enam tahun begitu berani menyelam.Malu nya saya.
Bila saya di suruh menyelam kan kepala untuk melihat di dasar laut.. ya!! Allah
cantik nya ikan2 yang di beri makan roti mengelilingi kami.subhanallah!!! kagum saya melihat
nya hingga tak tau nak berbicara.Coral2 yang ada di dasar laut cantik sekali hati yang takut
pun menjadi seronok.
Setelah bersnorkeling di pulau turtle kami ke marine park pulak untuk makan tengah hari
dan snorkeling lagi sebelum kami pulang dan petang merangkak ke senja..esok akan bermula hari baru lagi.
Sebelum pulang ke bilik hotel anak2 yang belum puas di laut sambung
lagi di kolam renang(swimming pool).Anak2 kalau dah jumpa air tak boleh lepas .
Labels: pengalaman baru
ada bwk telur turtle tak? lama tak nmpk org jual kat pasar geylang..
-nor ash burn-