
Teman2 blogger dari Malaysia dan Singapura

Sakura dan Rohaya

Sakura dan Kak Elle

Mee Kuah Mamak

Rojak India

Bonesteak
Seawal 6.30 pagi hari jumaat saya dah keluar utk menjemput kawan blogger dari Malaysia yang akan turun ke Singapura.Jangka nya saya dan Noamee blogger Singapura akan ke JB utk menjemput Sakura..tapi oleh kerna Noamee punya passport dah expire so terpaksa lah saya bawak anak saya teman kan ke Jb.
Ingat kan boleh sampai awal tapi saya tersangkut jem hampir 4 jam.. baru sampai ke JB dalam pukul 10.30 pagi bayangkan tak pernah saya tersangkut begitu lama.Salah satu sebab nya ialah hari jumaat tu ada lah hari cuti Good Friday di sini.. tu yg sesak org nk masuk JB.
Tapi akhir nya dapat lah saya bawak Sakura dan kawan nya Rohaya ke Singapura.Setelah masuk ke Singapura kami ambil Naomee kemudian ke rumah Kak Elle blogger Singapura.Kami di hidangkan dgn mee rebus dan nasi lemak..sedap!!! dapat makan.Setelah berkenalan kami pun berangkat lah ke tempat yg nk di tuju ke Vivo City menaiki monorel dan ke Sentosa.Sebenar nya banyak tempat yang kami nk kunjungi tapi oleh kerna masa mencemburui kami tak banyak yang kami lawati.
Setelah ke Sentosa kami ke West Coast makan2 salah satu makanan yang diperkenal kan ialah Bonesteak makan kegemaran Kak pah(Sharipah Aini),rojak india dan mee kuah mamak.Setelah makan kami pun pulang tapi Sakura dan kawan nya terpaksa balik ke Jb dan akan pulang ke Kl hari sabtu.
Buat Sakura jangan serik2 utk ziarah kemari maaf lah mungkin layanan kurang memuaskan.kalau ada umur panjang nak kemari lagi kita plan betul2.Walau sekejap bersua tapi seronokan tetap ada.
Labels: Pertemuan Terindah